Saturday, September 27, 2014

MASAK LEMAK KUNING UDANG DAN KACANG PANJANG


Assalammualaikum. Salam semanis gula.






Tahulah kan senyum manis je sebab dah sampai cuti hujung minggu. Boleh bereskan segala macam kerja rumah yang hanya mampu dicuit-cuit sedikit tatkala hari bekerja.

Naik 'berbulu' mata tengok kain baju berlonggok tak berlipat. Basuh2, kering..longgok. Nak mengemas dapur, fridge dengan segala macam benda2 yang dah lama terperap. Dah expired pun ada. Semuanya nak tunggu hujung minggu yang selalunya lambat sangat sampai dan selalunya sampai pun sekejap sangat singgahnya. 

Kadang2 hujung minggu tu lah yang banyak nau agenda2 mengundang dan tersembunyi yang datang tanpa diundang. Last2 capai je lah mana yang sempat dicapai tangan. 
Alahai..itu semua bukan kat rumah korang tapi kat rumah aku! 





Ini resepi satu hari dulu sebab tiba2 ada banyak stok udang melimpah2 kat dalam fridge. Lama tak buat masak lemak udang ni. Tapi sikit tak puashati sebab santan yang dibeli cair dan kuah jadi tak lemak yang boleh memuaskan tekak dan menimbunkan lemak kat badan...hihihi..







Udang ni kalau dapat yang udang liar dari tengah laut memang sedaplah. Rasa manis dan segar. Tapi la ni udang-udang dari laut pun segar cuma bukan di tengah-tengah laut nun. Udang sekarang dah dibela di dalam sangkar tapi masih di dalam laut cuma diberi makan palet. Tu sebab kadang-kadang bila makan udang tu aku rasa macam makan palet je! Sabor je lah.








Sekadar catatan untuk diri sendiri dan yang baru2 belajar memasak. 

Masak Lemak Kuning Udang dan Kacang Panjang.

Bahan2.
500gm udang (boleh lebih jika suka)
3-4 batang kacang panjang (patah2kan aje)
2 cawan santan pekat
1 batang serai (titik)
1-2 biji tomato (belah 2)
1 helai daun kunyit (dicarik)
1 sudu kecil maggi cukup rasa
garam

Bahan Tumis.
3-4 biji cili merah 
cili api (ikut pedas)
3 biji bawang merah kecil
1 biji bawang putih
1 " kunyit hidup.

Blend/tumbuk semua bahan.

Cara2.
Bersihkan udang. Tumis bahan2 tumis dan serai dengan sedikit minyak hingga layu. Masukkan daun kunyit, santan dan kacang panjang. Kepekatan kuah bergantung pada citarasa sendiri. Kacau selalu supaya tidak pecah minyak. Agak2 santan hampir mendidih masukkan udang dan tomata. Masukkan maggi secukup rasa dan sedikit garam. Suairasa ikut selera sendiri. Bila dah mendidih tutup api.



Tips:
Boleh gantikan kacang panjang dengan kacang buncis.
Petua orang tua2 - kacang panjang hanya perlu dipatah2kan sahaja supaya tidak hilang manisnya.
Kacang buncis cantik dipotong serong.
Udang masak sekejap sahaja supaya tidak menjadi keras.





Tiba2 teringatlah pulak kat lagu ni nyanyian Arwah Datin Rafeah Buang.

        udang sama udang
             masak gulai dalam kuali
                  jikalau masih bujang
                      carilah teman berhati-hati....



Have a nice weekends.












Monday, September 8, 2014

IKAN CENCARU@JAKET MASAK TAUCU.


Salam manis.

Resepi yang simple je masak untuk anak2 semenjak dua menjak ni. Entah kenapa budak2 ni suka pulak kalau aku buat masak taucu ni. Selalunya kuah pasti habis yang tinggal ikan tergolek2. Mungkin sebab sebelum ni aku selalu masak tauchu dengan sayur..means buat sayur goreng bertaucu. Budak2 tak makan sayur sangat so bila aku buat ikan masak taucu baru dorang tau sedapnya rasa taucu ni.






Selalu aku guna taucu yang dibeli timbang di kampung sebab lebih sedap pada tekak aku lah. Kali ini guna taucu Adabi je yang ada jual kat sini.

Kalau masak taucu ni mak selalu guna ikan yang 'tawar' cam cencaru atau selar tapi nak guna ikan lain pun boleh.

Resepi sangat mudah. Boleh tokok tambah ikut selera sendiri. Ini pun main campak-campak je. Yang penting anak2 makan berselera. Ialah...air tangan mak kan!...buat masak bodoh2 pun semua sedap!




IKAN CENCARU MASAK TAUCU
Resepi olahan : Cik Ta (resepi sendiri lah...)

Bahan2
5 - 6 ikan cencaru/kembung/selar
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
2 in halia
2 biji cili hijau/cili api (ikut pedas)
2 sudu makan taucu (ditumbuk sikit)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh maggi cukup rasa
1 keping asam keping
air secukupnya

Cara.
Bersihkan ikan dan goreng. Hiris bawang2, halia dan cili.
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga wangi. Masukkan sos tiram, taucu dan maggi cukup rasa. Kacau rata. Masukkan asam keping dan air secukupnya (untuk kuah). Sudah mendidih masukkan ikan dan biarkan sekejap dan angkat.

Tips:
Kalau tak suka rasa masam boleh lah dikeluarkan asam keping setelah kuah mendidih.

Asam keping boleh digantikan dengan cuka makan.

Tak perlu masukkan garam sebab taucu dan sos tiram dah masin. Nak tambah pun no hal.

Adios.








Wednesday, September 3, 2014

Sangat mencabar! - 3 tier stack cake.


Assalammualaikum. Salam Bahagia.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Semuanya telah berlalu dengan baik dan aman.

Ramadan lama telah meninggalkan kita begitu juga Syawal. Semuanya bergembira walau tetap ada sekelumit rasa hiba atas apa yang terjadi pada MH 17. Mereka akhirnya telah kembali bersemadi di bumi tercinta ini. Di sini Lahirnya Sebuah Cinta...juga telah kita sambut dan menjulang panji-panji kemerdekaan untuk yang ke 57 tahun ini. 

Life must go on. Lama tak bersembang di sini. Ramai teman-teman maya yang menyapa dengan resepi-resepi baru tapi hati masih belum terdetik nak 'bersilat' di dapur mencuba resepi yang enak-enak.

Cuma hujung minggu merdeka baru-baru ini mencabar diri menyudahkan tempahan 3 tier stack cake ini. Fuh! rasa nak menangis masa nak siapkan. Tengok kek-kek yang dah dimasak, bunga2 atas meja kopi dan krim segala bagai rasa macam tak sabar supaya semuanya cepat siap.






Macam biasa...kesabaran dan kesungguhan kunci utama kalau nak buat kek bertingkat ni. Buat slow-slow walaupun sekali sekala Anas tetap nak kacau krim-krim aku. Bila dah siap!...rasa macam tak percaya aku boleh buat kek ni! Masa ni lah kepuasan akan dirasa. Lega! Korang yang buat kek mesti tahu kan?







Yang paling remeh dan mencabar nak buat reben besar ni. Silap haribulan mau melorot ke bawah. Kek dengan topping buttercream sangat cerewet. Tersentuh sikit pasti ada dented. Akhirnya ini lah hasil kerastangan aku. Masih banyak yang perlu di perbaiki.






Syukran Ya Allah dengan sedikit ilmu yang ada ini untuk menggembirakan hati orang lain. Semoga pasangan mempelai ini bahagia hingga ke jannah.







Monday, August 11, 2014

Cempedak Rindu...

Assalammualaikum. Selamat hariraya.

Masih lagi dalam mood hari raya. Sabtu lepas di mana2 sahaja aku rasa jalan jem macam hari kerja. Masing2 ke rumah2 terbuka yang sangat rancak dan berlambak2 di mana2. Aku dalam perjalanan ke Sg Besar ambil masa juga nak keluar dari bandaraya Shah Alam ini. Depan KPJ dekat rumah aku ni lagi dah stat jem. Tak boleh nak kata apa dah. Redho je lah. 

Sepanjang perjalanan ke Sg Besar melalui Kuala Selangor dan Tg Karang boleh dilihat khemah2 open house. Berduyun2. Berderet2 kereta. Seronok kan berada di bumi Malaysia ini. Syukurlah.

Kali ni tiada resepi. Nak kongsi cerita ni aje. Lumix aku terus tidak berfungsi. Gambar ini dari DSLR yang lalu saat kerajinan tiba untuk menggendungnya.

Musim buah2 Ramadan lalu berlanjutan sisa2nya hingga hari ini. Buah cempedak berlambak2 orang jual di tepi2 jalanraya. Nak cerita pasal cempedak lah ni. 






Cempedak salah satu buah2an yang aku suka. Hari tu ke Econsave masuk2 je bau harum ini menusuk rongga hidung. Agak mahal harga tapi aku beli juga. Belek2 sebiji dua yang elok terus sambar sebab tak mahu berlama2 di sini. Nanti ter miss Rindu awak 200%...

Hampir 11 malam baru aku teringat nak rasa cempedak yang aku beli siang tadi. Rasa dah terliur2 sangat! Bila Faiz cuba kopek cempedak tu dia panggil aku sebab susah nak kopek. Tengok2 rupanya cempedak yang aku beli tu masih muda. Alahai...baru aku perasan cempedak tu kulitnya masih tegang dan bau pun tak de! Alamak! mences aku kali ni. Bungkus dengan suratkhabar harap2 sehari dua lagi masaklah cempedak tu.






Balik kerja masuk je ke dapur bertebaran bau harum cempedak. Eh! cempedak aku dah masaklah! Boleh goreng macam ni. Tengok2 rupanya ada cempedak lain yang lebih besar dan berbau harum terletak di atas kabinet dapur.Sah! ini mesti kerja hubby aku. Mungkin pagi sebelum ke ofis aku mengadu kat dia cempedak yang aku beli tu muda. Dia bising2 juga sebab katanya aku tak pilih betul2. Nak cepat2 balik sebab Rindu awak 200% tu. Aku diam je..salah sendirikan!  Diam2 dia belikan aku cempedak lain. Tiba2 rasa terharu dalam hati. Aku goreng cempedak dengan airmata yang bertakung. Aku buat air teh untuk hidangan petang sambil menunggu hubby balik untuk merasa cempedak bersama. Rindu nak menatap wajah lelaki yang buat aku jatuh cinta untuk entah yang keberapa ratus juta kalinya. 

Moral of the story...?








Thursday, July 24, 2014

RENDANG DAGING YANG SEDAP GILER!

Assalammualaikum.

Bukan perasan bukan perah santan. Bukan aku yang kata tapi orang2 yang dah merasa yang kata. Rendang daging yang sangat sedap! Sangat sedap makan dengan ketupat, nasi impit dan lemang di hariraya. Tambah dengan kuah kacang resepi mak mertua memang terangkat lah!

Dah jadi macam signature dish pula untuk aku sebab kalau buat rendang daging aku mesti guna resepi ni sejak dulu lagi. Resepi dari sahabat dan sifu aku dalam dunia masak memasak ni Puan Asmah Manjalara. Sejak buat guna resepi dia memang aku tak buat rendang yang lain dah.

Kunci utama untuk mendapatkan rendang yang sedap dari pengalaman aku ialah bahan2 mentahnya mesti fresh dan asli. 

Kalau orang tempah rendang, seboleh2nya aku akan mendapatkan kerisik asli dan santan pekat tak campur air dari kampong di Batang Kali. Kalau korang duduk area sana pergilah ke Pasar Basah Batang Kali dan beli santan pekat serta kerisik dari kedai kelapa Kak Mah. Puashati sangat dengan santannya. Rendang jadi lemak dan hitam macam rendang Tok. 

Satu lagi rendang ni ada campuran rempah ratus. Sangai hingga wangi tapi jangan sampai hangus. Rempah ratus ni lah yang akan membangkitkan lagi kesedapan rasa rendang. Harum semerbak satu rumah. Baru lah terasa suasana raya.


Untuk raya kali ini aku terus dapat order dari En Sham ex boss jiran aku si Zura. Tahun ni kali ke 4 atau ke 5 dia repeat order untuk rendang ni. Order awal untuk dibawa terbang ke London bersama anak cucu beraya di sana. Dia kata rendang  ni lain dari yang lain. First time rasa terus terpikat.





Dah lama nak share resepi ni dan alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk menulis di sini. Pada yang masih mencari2 resepi rendang untuk hari raya ini bolehlah mencuba resepi ini.

RENDANG DAGING SEDAP GILER.
By : Asmah Manjalara.

Bahan A
1kg daging
8 biji bawang merah (aku guna 5-6 biji bawang besar sedang)
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B 
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
 2 sudu makan ketumbar (rata)>
1 sudu makan jintan manis      > sangai hingga wangi
1 sudu makan  jintan putih      >

3 cawan cili kisar
2 biji santan - aku guna 1kg santan pekat
4 sudu makan kerisik - aku guna 6 sudu
2-4 helai daun kunyit-carik2kan
garam, asam jawa dan  gula

Cara.
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar bahan B.
Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan2 tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Cara memasak menggunakan periuk Noxxa.

Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair (santan) untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau2 selalu dan masak hingga kering. Cara aku untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk PC ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering.

***Tips.
1) Pastikan bahan2 yang ditumis benar2 masak supaya rendang tahan lama.
2) Bila rendang telah agak2 kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 
3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu.
4) Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah2 kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi2 kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya.
5) Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut.
6) Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar (bulat).
7) Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah2 ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.

Ini adalah rendang yang aku buat bersama pulut kuning dipertandingan Hari Keluarga Perkep tahun lalu dan mendapat tempat pertama. Berebut2 nak rasa rendang selepas tamat pertandingan.













Resepi ikhlas dari aku untuk dikongsi bersama family dan orang2 tersayang.

Giler masak, giler kentang tak pe. Jangan giler meroyan!. 

Salam Aidilfitri.


Wednesday, July 23, 2014

KING & QUEEN OF COOKIES - ALMOND LONDAN & TAT NENAS.


Assalammualaikum. Salam manis.

Dah rasa dekat sangatkan nak raya. Lagu2 raya dah mengambil tempat di mana2 sekarang ini. Macam biasa dah usia2 mencecah usia emas ini semangat nak beraya semakin berkurangan. Jika dapat merasai suasana raya macam masa dulu2 adalah sangat2 bahagia rasanya walaupun cuma sekejap. Sekarang ni bila dalam perjalanan pulang ke kampung atau bila dah beramai2 berkumpul di rumah mak baru mood raya tu datang tapi sekejap je. Memang miss betul masa dulu2. Apa2 pun Alhamdulillah kita pernah merasai saat2 itu.

Menyekut kita? Pun dah hampir 2 3 tahun ini keghairahan menyekut semakin hilang. Mungkin kudrat semakin lesu. Nafsu menyekut pun dah semakin pudar. Kena terima hakikat bulan puasa kali ini aku tewas dengan bahang panas yang semakin membara. Setakat terdaya untuk menghabiskan Ramadan ini pun dah cukup baik pada aku. Nak buat benda2 lain yang menagih tenaga dan kekuatan fizikal aku kena fikir 2 3 kali. Bahkan banyak kali supaya puasa aku tetap terpelihara. 

Wah!...panjang intro kau macam panjang list biskut raya nak buat. Bahan2 ada yang dah beli tapi akhirnya hanya dua jenis biskut ini sahaja yang mampu aku buat itu pun sebab ada yang mengidam sangat biskut ni so aku pun tumpang sekaki untuk biskut aku.





Tat nenas biskut evergreen sepanjang zaman. Di mana sahaja terhidang biskut ni pasti habis! Aku suka inti yang dibuat sendiri. Lebih terasa masam manis nenasnya. Kesedapan lemak manis dan lembut kulit tat nenas juga bergantung pada kreativiti. Resepi lebih kurang sama cuma campuran bahan2 yang menentukan kesedapan kulitnya. Paling utama gunakan butter yang berkualiti. Pasti puashati. Makan tak berhenti2. Resepi dari sahabat lama Jamie Jepun. Insyaallah aku sharekan nanti. 






Almond London - back by popular demand. Regular customer dulu2 masih mencari biskut ni. Suatu masa dulu hampir beribu2 pcs aku dapat tempahan untuk biskut ni. Sangat laris sebab Almond London aku ni lain dari yang lain. Dulu aku memang tak suka dengan biskut ni tapi bila jumpa sifu aku Asmah Manjalara resepi dia ni memang pukul habis resepi2 yang lain. Alhamdulillah..








Tat nenas tu pun dah tinggal setengah balang. Inti masih banyak lagi mungkin lepas raya baru sambung menyekut. 
Jadilah kan..daripada tiada.

Akhir kalam... Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari Baked By Cik Ta.

Take care.




Tuesday, July 22, 2014

PENANG FRIED KUEW TEOW.


Assalammualaikum. 24 Ramadan 1435H.





Hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan pergi. Entah berjumpa entah tidak di Ramadan akan datang. Iktibar dari tragedi Gaza dan MH 17 kematian itu ada di mana2, bila2 masa sahaja. Di langit, di bumi, di lautan dan di daratan ia tetap menghampiri kita. Jika saat itu tiba biarlah ianya dalam husnul khatimah. Moga kita sentiasa dirahmatiNya.

Dihujung2 Ramadan ini rasanya setiap kali iftar dan sahur hanya masak yang simple2 sahaja. Simple2 pun nasi tetap ada. Walau berbuka dengan juadah2 yang lain nanti lepas2 tarawih budak2 ni akan cari nasi juga. 

Penang fried kuew teow ini ada 2 3 kali aku buat untuk berbuka. Selalunya main campak2 apa aje yang ada kat dapor tapi kali ni aku tertarik dengan resepi dari Kak Jee ini. Cara kak Jee buat kuew teow ni yang buat aku tertarik nak mencubanya. Ala Penang style yang sangat simple tapi sedap! 






Ikut cara Kak Jee sebijik2 kalau nak dapatkan rasa kuew teow seperti yang diceritakan. Api kena besar dan buat pantas. Bahan2 kena dah sedia ada macam yang kita selalu tengok orang goreng keow teow kat kedai tu. Resepi ni resepi favourite customer masa dia berniaga dulu. Klik sini dan sini untuk penerangan yang lebih detail dan resepinya. Resepi di bawah untuk seorang atau satu portion. Kak Jee pesan buat sikit2 lagi sedap dari buat banyak sekaligus. Kira ini resepi untuk orang berniaga lah. Thanks kak. Anak2 suka kuew teow ni. Rasa telur yang garing buatkan rasa kuew teow ni lain dari yang lain dan buatkan aku teringat2!.


PENANG FRIED KUEW TEOW.
resepi asal : Kak Jee

Bahan2.
1 gengam kecik kuew teow (jenis yang halus bukan lebar)
3 ekor udang
1 biji telur
1 sudu sambal tumis
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu kecil sos/kicap ikan/nampla
1 ulas bawang putih
kerang (direbus dan kopek)
taugeh (suka hati banyak mana)
kucai (potong 2 inci)

Cara
Ketuk bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang putih (api besar). masukkan udang dan balik2kan dalam 1 minit. Tepikan sikit udang(tolong tepi sikit!...hihihi) dan masukkan telor. Biarkan dalam 1 minit dan kecilkan api. Masukkan kuew teow, kucai, sambal tumis, kicap manis dan sos ikan. Besarkan api dan kacau cepat2 hingga rata. Masukkan taugeh dan kerang. Kacau2 lebih kurang tutup api dan hidang. 

***Tips dari kak Jee.

Jangan masak taugeh terlalu lamananti kurang ranggup.
Cuba masak satu2. Kalau masak sekali dua untuk tiga pinggan, lari rasanya. 
Kalau tak menjadi maknanya dapur anda tak cukup power! Lihat gambar dapur dan kuali di link di atas.
Kalau malas nak buat atau tak de sambal tumis beli je sambal kat makcik jual nasi lemak.




Lai!...lai!..lai!....keuw teow goreng satu!