Wednesday, July 23, 2014

KING & QUEEN OF COOKIES - ALMOND LONDAN & TAT NENAS.


Assalammualaikum. Salam manis.

Dah rasa dekat sangatkan nak raya. Lagu2 raya dah mengambil tempat di mana2 sekarang ini. Macam biasa dah usia2 mencecah usia emas ini semangat nak beraya semakin berkurangan. Jika dapat merasai suasana raya macam masa dulu2 adalah sangat2 bahagia rasanya walaupun cuma sekejap. Sekarang ni bila dalam perjalanan pulang ke kampung atau bila dah beramai2 berkumpul di rumah mak baru mood raya tu datang tapi sekejap je. Memang miss betul masa dulu2. Apa2 pun Alhamdulillah kita pernah merasai saat2 itu.

Menyekut kita? Pun dah hampir 2 3 tahun ini keghairahan menyekut semakin hilang. Mungkin kudrat semakin lesu. Nafsu menyekut pun dah semakin pudar. Kena terima hakikat bulan puasa kali ini aku tewas dengan bahang panas yang semakin membara. Setakat terdaya untuk menghabiskan Ramadan ini pun dah cukup baik pada aku. Nak buat benda2 lain yang menagih tenaga dan kekuatan fizikal aku kena fikir 2 3 kali. Bahkan banyak kali supaya puasa aku tetap terpelihara. 

Wah!...panjang intro kau macam panjang list biskut raya nak buat. Bahan2 ada yang dah beli tapi akhirnya hanya dua jenis biskut ini sahaja yang mampu aku buat itu pun sebab ada yang mengidam sangat biskut ni so aku pun tumpang sekaki untuk biskut aku.





Tat nenas biskut evergreen sepanjang zaman. Di mana sahaja terhidang biskut ni pasti habis! Aku suka inti yang dibuat sendiri. Lebih terasa masam manis nenasnya. Kesedapan lemak manis dan lembut kulit tat nenas juga bergantung pada kreativiti. Resepi lebih kurang sama cuma campuran bahan2 yang menentukan kesedapan kulitnya. Paling utama gunakan butter yang berkualiti. Pasti puashati. Makan tak berhenti2. Resepi dari sahabat lama Jamie Jepun. Insyaallah aku sharekan nanti. 






Almond London - back by popular demand. Regular customer dulu2 masih mencari biskut ni. Suatu masa dulu hampir beribu2 pcs aku dapat tempahan untuk biskut ni. Sangat laris sebab Almond London aku ni lain dari yang lain. Dulu aku memang tak suka dengan biskut ni tapi bila jumpa sifu aku Asmah Manjalara resepi dia ni memang pukul habis resepi2 yang lain. Alhamdulillah..








Tat nenas tu pun dah tinggal setengah balang. Inti masih banyak lagi mungkin lepas raya baru sambung menyekut. 
Jadilah kan..daripada tiada.

Akhir kalam... Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari Baked By Cik Ta.

Take care.




Tuesday, July 22, 2014

PENANG FRIED KUEW TEOW.


Assalammualaikum. 24 Ramadan 1435H.





Hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan pergi. Entah berjumpa entah tidak di Ramadan akan datang. Iktibar dari tragedi Gaza dan MH 17 kematian itu ada di mana2, bila2 masa sahaja. Di langit, di bumi, di lautan dan di daratan ia tetap menghampiri kita. Jika saat itu tiba biarlah ianya dalam husnul khatimah. Moga kita sentiasa dirahmatiNya.

Dihujung2 Ramadan ini rasanya setiap kali iftar dan sahur hanya masak yang simple2 sahaja. Simple2 pun nasi tetap ada. Walau berbuka dengan juadah2 yang lain nanti lepas2 tarawih budak2 ni akan cari nasi juga. 

Penang fried kuew teow ini ada 2 3 kali aku buat untuk berbuka. Selalunya main campak2 apa aje yang ada kat dapor tapi kali ni aku tertarik dengan resepi dari Kak Jee ini. Cara kak Jee buat kuew teow ni yang buat aku tertarik nak mencubanya. Ala Penang style yang sangat simple tapi sedap! 






Ikut cara Kak Jee sebijik2 kalau nak dapatkan rasa kuew teow seperti yang diceritakan. Api kena besar dan buat pantas. Bahan2 kena dah sedia ada macam yang kita selalu tengok orang goreng keow teow kat kedai tu. Resepi ni resepi favourite customer masa dia berniaga dulu. Klik sini dan sini untuk penerangan yang lebih detail dan resepinya. Resepi di bawah untuk seorang atau satu portion. Kak Jee pesan buat sikit2 lagi sedap dari buat banyak sekaligus. Kira ini resepi untuk orang berniaga lah. Thanks kak. Anak2 suka kuew teow ni. Rasa telur yang garing buatkan rasa kuew teow ni lain dari yang lain dan buatkan aku teringat2!.


PENANG FRIED KUEW TEOW.
resepi asal : Kak Jee

Bahan2.
1 gengam kecik kuew teow (jenis yang halus bukan lebar)
3 ekor udang
1 biji telur
1 sudu sambal tumis
2 sudu besar kicap manis cap kipas udang
1 sudu kecil sos/kicap ikan/nampla
1 ulas bawang putih
kerang (direbus dan kopek)
taugeh (suka hati banyak mana)
kucai (potong 2 inci)

Cara
Ketuk bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang putih (api besar). masukkan udang dan balik2kan dalam 1 minit. Tepikan sikit udang(tolong tepi sikit!...hihihi) dan masukkan telor. Biarkan dalam 1 minit dan kecilkan api. Masukkan kuew teow, kucai, sambal tumis, kicap manis dan sos ikan. Besarkan api dan kacau cepat2 hingga rata. Masukkan taugeh dan kerang. Kacau2 lebih kurang tutup api dan hidang. 

***Tips dari kak Jee.

Jangan masak taugeh terlalu lamananti kurang ranggup.
Cuba masak satu2. Kalau masak sekali dua untuk tiga pinggan, lari rasanya. 
Kalau tak menjadi maknanya dapur anda tak cukup power! Lihat gambar dapur dan kuali di link di atas.
Kalau malas nak buat atau tak de sambal tumis beli je sambal kat makcik jual nasi lemak.




Lai!...lai!..lai!....keuw teow goreng satu!





Thursday, July 17, 2014

REZEKI RIMAU....NIKMAT MANA LAGI YANG HARUS KU DUSTAKAN.


Assalammualaikum. Ramadan Kareem.

Ada sedikit waktu terluang bolehlah update blog ni. 19 Ramadan hari ini. Alhamdulillah kita berada di bumi Malaysia yang aman damai. Masih dapat meraikan dan menghayati Ramadan dengan aman. Masih dapat mencicipi juadah2 enak setiap kali iftar tiba. Bandingkan dengan saudara2 kita di bumi Gaza sana. Mungkin puasa mereka melebihi dari waktu yang ditetapkan tanpa makanan untuk berbuka. Mungkin makanan yang terhidang cukup sekadar mengalas perut menunggu waktu berpuasa untuk keesokan harinya. Mungkin tiada ketenangan dalam amal ibadat bilamana bunyi letupan bom menenggelamkan gema azan dan tadarus mereka. Alhamdullilah...nikmat mana lagi yang harus kita dustakan.

Bukan membangga, riak dan angkuh dengan paparan ini. Sekadar perkongsian bersama betapa ukhwah persaudaraan sesama kita masih kuat terutama di bulan mulia ini. Masing2 berebut2 bersedekah semampu yang boleh. Jiran tetangga adalah orang yang paling dekat dan paling mudah sekali untuk diberi dan menerima sedekah. 

Ini adalah juadah iftar minggu lalu. Aku geleng kepala melihat juadah memenuhi meja sampaikan nak letak pinggan nasi pun tak muat dah. Sementelah pula meja makan kerajaan ini agak kecil untuk 6 kerusi sahaja. 

Beberapa kali ketukan di pintu rumah aku kedengaran dan tugas Iman untuk mengambil juadah2 dari jiran tetangga. Sampaikan ketukan yang keempat Iman dah meneka2 juadah apa pula yang tiba. 

Bila hubby balik dari Param beberapa bungkusan memenuhi tangan. "banyaknya beli?" aku melirik pada beg2 plastik warna merah.

"jumpa kawan tadi dia sedekah. Ambil je lah"..jawab hubby termengah2. 

Memang penuh meja petang itu sampaikan aku cancel nak buat kuew teow goreng. Alhamdulillah...bak kata mak rezeki rimau! 




Ayam goreng berempah lebihan sahur. Ikan selar goreng berlada yang aku buat. 




Nasi goreng cili padi pun lebihan nasi sahur. Sayang nak buang transformed jadi nasi goreng. Habis!




Kuih keria dari Zura jiran sebelah dan karipap dari Yenny jiran depan rumah.




Juadah utama dari Param adalah sate di Param Padang Jawa yang sedap sangat.




Kawan hubby belanja paru goreng garing, paru berlada, udang goreng ranggup dan yong tau foo.





Sampai tak cukup pinggan. Mangkuk2 semua keluar.














Faiz balik dari kelas singgah di Masjid Al Huda dan Masjid Ubudiah ambil bubur lambuk. Lebihan kacang tanah goreng nasi lemak semalam makan dengan bubur lambuk. Mix and match gitu. Lagi sedap dan kena kreatif.



Apam atau cupcake? entahlah...tak larat nak rasa. Dihantar oleh Liza jiran tingkat bawah sekali. Ingatkan ini juadah yang terakhir tapi dah dekat2 nak azan sampai lagi semangkuk bubur jagung dari jiran depan Zah Ganu. Tak sempat dah nak snap sebab kamera dah simpan siap2 nak bersantap. 

Habis ke semua tu? Memang ada yang tak habis. Aku bungkus2 suruh hubby bagi pada Bangla kat Petronas dan Indon2 yang ramai dikenalinya ketika dalam perjalanan ke Tarawih malam tu. 

Bertuahnya tinggal di Malaysia. Bumi aman damai cukup segala khazanah negara yang dapat dikongsi bersama.

Hmmm...alahai..tiba2 terdengar pulak lagu Dendang Perantau oleh Tan Sri P Ramlee. Nak raya dah kita yer..

Selamat mengumpul pahala di Ramadan yang semakin berakhir ini.

Wasalam.


Wednesday, July 16, 2014

AYAM PADPRIK DAN AYAM MASAK LEMAK CILI API TEMPOYAK.


Assalammualaikum.






Sudah separuh Ramadan yang kita lalui. Masa mula2 puasa hari tu bukan main lama sungguh rasanya nak menghabiskan Ramadan. Rasa macam banyak sangat masa untuk beramal ibadat yang dapat diisi. Bila dah pertengahan ni terasa sangat pantas pula Ramadan untuk pergi meninggalkan kita. Jom! marathon beribadat mengumpul pahala sebanyak mungkin diwaktu2 terakhir ini. Semoga segala amal ibadat kita dilipat gandakan dan diterima oleh Allah swt. 

Rindu benar pada blog ini. Terlepas beberapa resepi yang aku buat untuk ditulis di sini gara2 kamera Lumix comel aku yang rosak. Sayang sungguh pada kamera itu. Banyak membantu aku mengabadikan setiap menu masakan untuk family di sini. Mungkin bulan puasa ini tiada resepi yang dapat aku kongsikan dan jadi kenangan untuk aku di sini. Harap2 kerajinan tiba untuk aku mengangkat DSLR Nikon yang agak berat itu bila ada masa terluang terutama di hari cuti. Kalau hari biasa jangan haraplah..

Hendak seribu daya...macam tu lah aku ni. Godek2 dan modified sana sini, tampal plaster dan ikat mana yang patut akhirnya berfungsi juga kamera aku. Penutup bateri kamera aku pecah! So now boleh bernyawa dah..walaupun nyawa2 ikan.





Ini resepi biasa yang aku buat hujung minggu lalu cuti panjang Nuzul Quran. Ayam padprik dan ayam masak lemak cili api dengan tempoyak. Fuh!...berminyak mulut lepas buka puasa tu. Aku guna 1 ekor ayam untuk buat 2 masakan ini. Walau pun seekor tapi aku rasa ayam ni agak besar sebab masa aku potong kecil2 paha ayam ini memang jelas pehanya besar dan bulat. Sengaja aku buat 2 jenis menu sebab bimbangkan anak2 yang tak menyukai tempoyak. Telahan aku silap bila ayam masak tempoyak ini yang cepat habis. Iman dan Anas makan menambah2. Mungkin sebab tempoyak yang aku gunakan masih baru dan sedap. 

Aku masak agak awal sebab nak bawa balik kampung, berbuka puasa di sana. Senang kalau dah sampai kampung boleh relax2 tak perlu tergesa2 nak sediakan juadah lagi2 bila dah letih lesu menahan penat dan bahang mentari sepanjang perjalanan.

Tak jauh mana pun kampung aku. Dalam sejam setengah dah sampai. Kali ni baru dapat balik untuk berbuka puasa dengan mak dan lain2. Mak tak berapa sihat sepanjang Ramadan ini. Aku nampak mak lebih uzur dari selalu. Lemah dan bertambah kurus. Namun puasa memang mak tak pernah tinggal. Biar terlantar lemah, biar perlu merangkak ke dapur pun mak tetap nak puasa. Tiba2 rasa sedih sangat. Airmata bergenang bila selalunya akal aku menerawang pada perkara yang bukan2. Moga mak terus sihat dan gembira selalu dan sentiasa di dalam lindungan Allah swt.






Ok..resepi ayam padprik boleh lihat di sini. Gantikan sotong dengan ayam. Errr..ayamnya potong kecil2 dan digoreng dulu ye.









Untuk Ayam masak lemak cili api tempoyak resepi seperti masak lemak cili api yang lain cuma ditambahkan tempoyak sahaja. Kalau boleh tempoyak jangan terlalu masam. Biar ada manis2 sikit. Kalau agak2 dah masam campurkan seulas dua dengan durian yang baru untuk seimbangkan rasanya.




Tempoyak yang sedap hasilnya dari durian yang sedap juga. Pada aku lah..walaupun durian sedap seperti musang king, d24 dan lain2 tu kureng sikit kalau dibuat tempoyak. Guna durian kampung yang memang rasanya lemak manis, isinya tebal dan baunya boleh buat musang meroyan. Pasti sedap tempoyak kau macam durian Balik Pulau tu. First time makan dulu dari bau je aku dah tau kalau buat tempoyak ni mesti sedap! Jangan buat tempoyak dengan durian yang nipis dan tawar nanti rasanya 'lari'.

Untuk rujukan aku dan kalau ada yang masih mencari2 cara masak ayam ni. Ini cara aku lah ye.






Ayam Masak Lemak Cili Api Tempoyak.

Bahan2.
1 ekor ayam (ikut suka)
15-20 biji cili api (ikut pedas)
2 biji bawang merah kecil
2 inci kunyit hidup
2 batang serai - titik
2 helai daun kunyit-carik2kan
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair/air
3 sudu besar tempoyak
garam

Cara2.
Bersihkan ayam. Kisar/tumbuk cili api, bawang merah dan kunyit hidup. Masukkan dalam periuk bersama serai, daun kunyit dan santan cair/air. Biar hingga mendidih dan cili api masak. Masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk. Masukkan tempoyak, garam dan santan pekat. Kacau kuah perlahan2 hingga santan masak. Jangan sampai pecah minyak. Rasa masin manisnya. Siap.

Nota : 
Kuantiti tempoyak boleh ditambah jika suka rasa tempoyak dan inginkan kuah yang pekat. 

Imbangkan rasa manis masam tempoyak dengan rasa pedas. Masak tempoyak lebih sedap jika lebih pedas.

Permisi.







Friday, June 13, 2014

SUP AYAM BERSERAI.


Assalammualaikum dan salam manis.

Lamanya aku tak singgah di sini. Ini entry tertunggak yang sepatutnya aku publishkan akhir bulan May lalu. Namun kerana ada projek besar yang sangat2 menuntut perhatian aku, entry ini aku sambung semula setelah segalanya selesai. Sangat teruja untuk berkongsi rasa dan pengalaman aku akan projek yang besar itu. Bila semuanya telah siap aku tulis pasti akan dipublishkan. 








Resepi penutup bulan May lalu. Makin lama makin menyepi. Bukan tak main masak2 ye..cuma tak sempat nak update di sini.





Sup ayam ini dah lama aku buat masa mood memasak tiba2 mencanak2. Dalam masa 2 hari cuti 2 3 jenis masakan aku buat cuma bila nak update di sini agak merudum masa dan attention yang ada.








Sup Ayam berserai seperti sup yang lain cuma bahan2nya agak 'meriah' dan berbagai untuk mendapatkan rasanya yang lain sedikit dari sup biasa. Ada penambahan serai dan sedikit kunyit hidup untuk membangkitkan rasa dan memberikan warna kuning pada sup. Letak sedikit sahaja kunyit hidup. Bak kata arwah Wan aku..sesembe je dah cukup. Sedikit sahaja atau kalau nak ikut ukuran lebih kurang setengah kuku besarnya. Kalau banyak kang sup kau nampak macam masak pindang pulak!






Sup ini dikongsikan oleh rakan aku Asmah Manjalara. Dia ajar aku buat sup tulang tapi aku gantikan dengan ayam sebab ayam cepat masak dimana waktu pagi adalah waktu yang cukup sibuk untuk aku dalam menyediakan lunch untuk anak2 sebelum ke ofis.

Ini resepinya. 

SUP AYAM BERSERAI
resepi asal : Asmah Manjalara

Bahan2
1 ekor ayam
2-3 biji kentang (potong 2 atau 4)
1 batang lobak merah (potong baji)
2 batang serai (dititik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga
1 bungkus sup bunjut
1 - 2 kiub ayam
minyak, air  dan garam
daun sup
bawang goreng

Bahan kisar kering/tumbuk
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 cm kunyit hidup 

Cara2.
Ayam dipotong kecil dan bersihkan. Detoxkan terlebih dahulu. 
Panaskan minyak dan masukkan rempah 3 beradik. Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing dan wangi. Campurkan kiub ayam, sup bunjut dan serai. Kacau2 dan tambahkan air mengikut banyak yang diperlukan. Biarkan mendidih sebentar baru masukkan ayam, kentang dan carot. Masak hingga semuanya empuk. Perasakan dengan garam. Taburkan bawang goreng dan daun sup yang dihiris halus ketika menghidang. Siap.








Adios.

Tuesday, May 6, 2014

FRENCH TOAST.


Assalammualaikum.





Alahai..nak tergelak lah aku ni. Biasa dengar perkataan French Toast ni tapi aku tak ambil pusing apa ke bendanya tu? Hinggalah pada suatu hari bila blogger Madihah tayang french toast untuk breakfast dia baru melopong mulut aku. Oooowhhh!..ini ke french toast? Kalau ini dulu lagi lah mak aku dah lama buat dah. Aku pun selalu gak buat benda alah ni sampaikan anak aku Iman pun pandai buat sendiri. 

Oh!...bersangka baiklah kan. Aku lah yang ketinggalan pengetahuan tentang French Toast ni. Nama glamer sungguh macam makanan golangan bangsawan je rupa2nya benda ni dah jadi makanan kebiasaan untuk aku. Oh! ya..aku panggil ni roti celup telur goreng manis atau pedas. Kalau aku nak makan yang manis aku akan campur dengan susu, kurma, raisin dan cinamon sikit (tengok stok apa yang ada). Kalau nak yang pedas boleh campur cili dan sardin atau sambal sardin, rendang atau apa2 yang pedaslah. Gitu lah gamaknya yer orang yang ketinggalan macam aku ni.

Yang manis tetap jadi pilihan aku.






Aku buat manis sikit sebab nak makan macam tu je. Tak payah nak makan dengan syrup2 atau madu lagi. 




Resepi ringkas sesuai untuk yang tak de masa nak buat breakfast dipagi hari yang sentiasa sibuk. Telur, susu pekat (ikut manis) sedikit cinnamon powder dan whipping cream (ikut stok yang ada) Tadi aku campur dengan baki susu cair yang tinggal sedikit dalam peti ais. Celupkan roti dan goreng atas pan yang diletak sedikit butter. Kalau ada slice cheese masa dah nak masak letak sekeping di atasnya dan angkat. Mudah dan cepat.

Bye.



Monday, May 5, 2014

KERANA DAIM DAN OPERA.


Assalammualaikum dan salam manis.

Kerana Daim dan Opera aku berulang lagi ke sini. Bukan ke Ikea ye. Masih setia berguru dengan chef nan satu ini. Ke Akademi Chef Amer.


Rata2 yang datang ke kelas last week disebabkan penangan bloger2 yang telah mempromosikan Daim dan Opera sebagai kek yang sangat sedap sentuhan by Chef Amer. Bukan senangkan nak dapatkan resepi dua kek yang tersohor gah yang disajikan di hotel2 besar ini.  Alhamdullilah...sekali lagi memang sangat2 berbaloi!.

Untung juga rasanya pada sesiapa yang berada di Lembah Kelang yang berdekatan dengan Akademi ini. Untung sebab dapat belajar di dapur chef yang comel. Lagi untung dapat membelek2 semua peralatan dapur chef yang tak dapat di tempat lain. Akibatnya segala apa yang chef guna semua student2 nak miliki sama hinggakan bekas telur plastik yang telah digunakan terpaksa chef jual pada student2 dan chef terpaksa beli yang lain. Ini kes tak sempat@malas nak cari di kedai yang chef maksudkan.

Kalau dah namanya chef sudah tentu kami dijamu makanan yang sedap2 dari air tangan chef sendiri. Itu kot buat ramai yang teringat2 dan asyik berulang ke kelas chef. 

Macam2 gelagat student bila dapat merasa kek Daim dan Opera yang mengancam. Dua kek lagi tu pun sedap jugak Volcano dan Hazelnut Torte. 


Opera cake in the making.
(sorry...gambar2 sangat tidak professional)






nampak tak tempat telur plastik warna hijau bawah meja tu? Itu lah yang jadi rebutan sebab sangat praktikal untuk toskan telur yang dah dibasuh. Ekceli boleh je toskan dalam tapis tapi nak sama juga macam chef kan...







Berebut2 nak rasa lebihan kek Opera ini. Letak je habis. Chef kata pirannha dari Afrika dah terlepas!...





Volcano Cake.




Naik tinggi menggunung.


Jangan panik bila 'kawah' gunung berapi terbentuk. Nanti chef make-up kan.











The secret of Volcano. Kena datang ke kelas.




Hazelnut Torte.



 main ketuk2 je nak ratakan dia.



The best cake ever after. Daim hazelnut almond croquant. Looks like hell taste like heaven!.





masing2 mengintai lebihan chocolate almond croquant.



yang sedap hingga menjilat jari. Habis semua ayu2, anggun2 hilang!





 Cake presentation.








Lunch dengan nasi jagung, ayam berempah, dalca kambing yang lembut gebus dan fresh salad. Syukran..syukran!





Daim cake for my anniversary?..yup!