Friday, October 11, 2013

RENDANG AYAM PENCEN NOXXA.


Assalammualaikum.

Rasanya masih sempat lagi kot aku publishkan resepi ni untuk raya haji nanti. Actually banyak email yang aku terima tanya tentang macamana nak guna periuk PC Noxxa yang aku dah beritahu dalam entry sebelum ni. Boleh masak apa jika gunakan periuk tu?

Sebenarnya pada sesiapa yang dah beli periuk tu sebaik2nya bertanyalah pada orang yang menjualnya sebab aku pasti mereka tentu tahu masakan apa yang boleh dimasak dalam periuk tu. Tapi kan..mungkin Allah tu dah cipta hati aku ni yang tak sampai hati dan amat bermurah hati (siapa lagi nak pujikan...) dengan rela hati aku nak kongsikan tentang kegunaan PC ni.







Satu tujuan aku masa mula2 beli PC ni adalah supaya aku yang sibuk dan masa amat terbatas dengan kerjaya dan urusan rumahtangga dapat manafaat yang besar dari PC ni. Pendekata memudahkan segala hal2 masak memasak dan paling menjimatkan masa tak perlu berumahtangga kat dapur tu. Kesimpulannya..kita dapat menyediakan sesuatu masakan itu dalam masa yang singkat dan cepat instead of guna cara masak dengan dapur biasa.






Untuk raya haji atau raya puasa atau bila2 lah masa PC ni memang sangat2 berguna terutama nak buat rendang. Biasa masak rendang daging atau ayam pencen lebih kurang 2 3 jam nak tunggu daging/ayam empuk tapi kalau dengan PC ni lebih kurang 1 jam sahaja.








Resepi rendang boleh guna resepi sendiri dan resepi aku ni hanyalah untuk aku dan pada sapa2 yang nak cuba resepi lain bolehlah mencuba. Lebih penting macamana nak masak rendang dalam PC ni. Aku guna ayam pencen sebab ayam ni liat ya amat tapi bila dah masak lembut dan sangat sedap. Kalau guna ayam biasa masaklah cara biasa guna dapur gas sebab kalau guna PC ni kang keluar2 periuk ayam kau dah lembik lotek tak pun hancur...huhuhu...jangan salahkan aku kalau jadi cam tu, keringkan je lah boleh buat serunding.                                             

Ok..tengok dulu bahan2nya.

RENDANG AYAM PENCEN. 

Bahan-bahan.
1 ekor ayam pencen
3 cawan santan pekat
1 cawan cili kisar
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit-dicarik2 kasar
2 helai daun kunyit-hiris halus
garam kasar, garam halus, gula, minyak dan sedikit asam jawa.

Bahan2 dikisar halus.
6 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2" halia       
2" lengkuas 
7 batang serai

Cara2.



  • On kan PC dan tekan butang stir/fry. Masukkan minyak dan bila dah panas masukkan bahan2 yang dikisar. Goreng hingga wangi.
  • Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Offkan butang stir/fry.
  • Masukkan ayam, santan, kerisik, daun kunyit yang disiat2 dan gaul rata. Pastikan ayam tenggelam di dalam santan. Jika santan tidak mencukupi tambah dengan santan cair atau air. Jika suka boleh lagi ditambah santan pekat.
  • Masukkan sedikit garam kasar anggaran 1 sb.
  • Tutup periuk dan on kan butang high pressure dan set timer selama 30 - 40 minit.
  • Bila sudah cukup tempoh memasak keluarkan angin dan pindahkan rendang kedalam kuali untuk mengeringkan kuah rendang yang berbaki.
  • Tambah garam jika perlu, gula dan sedikit air asam jawa. Rasa masam manis masinnya. Bila hampir kering masukkan daun kunyit yang dihiris. Siap.







Nota :
  • Tempoh memasak rendang 30 minit dan dimasak lagi untuk mengeringkan kuahnya-ayamnya agak2 lembut dan ada rasa liat2 sikit.
  • Tempoh 40 minit dan dimasak lagi untuk mengeringkan kuahnya - ayamnya lembut tapi tak hancur. Aku suka macam ni. Selalu buat 40 minit. Kalau ada nak yang liat2 sikit aku masak 30 minit sahaja. Terpulang pada citarasa anda.
  • Jangan silap tafsir dengan PC anda jika memasak rendang ayam atau daging. PC ini tidak akam membuatkan rendang anda kering macam dimasak dalam kuali. Setelah daging/ayam lembut kuahnya perlu dikeringkan di luar (dalam kuali macam biasa) Fungsinya hanyalah untuk mempercepatkan daging/ayam empuk. Oleh itu santan atau cecair jangan terlalu banyak just cukup untuk melembutkannya sahaja. Juga jangan terlalu kurang nanti rendang anda hangit sebab bumbu2 di dalam rendang akan mendap ke dasar periuk dan menjadi hangit. So..pandai2 lah adjust. Practice makes perfect semudah ABC.
  • Gunakan senduk kayu atau melamin semasa mengacau bahan2 dibimbangi lapisan tak melekat pada periuk tercalar..aduh!..sakitnya!

Selamat hariraya Aidiladha. Maaf zahir dan batin dari markisa@pdapor.blogspot.com




Thursday, October 10, 2013

KEK LUMUT KUKUS YANG TERSEDAP!


Assalammualaikum dan salam manis.

Resepi ni pun nampaknya macam dah berlumut juga bila disimpan2 terperap tak dibuat2. Tiba2 angin ribut melanda hati bagai ditarik2 untuk membuatnya. Sebab dah teringin sangat nak rasa kek ni di satu malam di hujung minggu lalu aku pun kuatkan hati dan semangat nak mengukus kek ini.







Aku suka kek kukus lagi2 kek kukus dari Sarawak tapi satu yang aku becinta sangat nak buatnya..ialah masa mengukus yang sangat panjang buatkan aku dah surrender awal2 angkat bendera putih. Memang becinta betul lah. 

Semenjak aku cuba bereksperimen dengan Pressure Cooker (PC) Noxxa pada kek buah kukus dulu rasanya semua masalah tu boleh selesai dengan cepat.Lihat sini.  Memang sangat2 berbaloi guna PC ni untuk kukus kek. Paling senang tak payah tambah air bila air mula kering jika guna pengukus biasa. Dah siap bancuh terus masukkan dalam PC set timer dan on. Sementar tunggu kek masak 2 jam tu boleh lah buat apa2 kerja lain. Senang kan?








Bagaimana rasanya? Oh..oh..oh...tersangatlah sedapnya! Rugi aku lambat mencuba dan lagi rugi siapa yang belum mencuba. Sedap sangat! lembut, moist rasanya. Cuma pada aku agak manis sikit. Tak tau lah silap kat mana sebab rata2 aku baca komen yang dah buat semua cakap manisnya sedang2 je. Bagi aku yang memang kuat manis ni, kek ni agak manis. Next time kalau buat kena kurangkan gula atau kena sukat betul2 sebab masa buat kek ni tang sukat guna sudu tu aku main agak2 je. Tu sebab terlebih manis kot. Overall...kek ni tersedap!





Walaupun permukaan kek aku ini macam permukaan bulan tapi keknya adalah lembut dan moist. Nyaman je masuk ke mulut. Kalau tak kerana rasanya agak manis harus sudah setengah kek ini aku korbankan untuk tekak aku. Dapatlah bagi sepotong dua pada jiran2 dan dapat juga bawa balik kampung untuk adik2 di sana merasa.








Satu adunan kek ini hanya untuk loyang 8". Muat2 dalam PC aku. So pada kawan2 yang nak gunakan PC ni nanti aku tunjukkan macamana nak set timer tu. Kalau guna periuk pengukus, kukuslah seperti biasa.

Resepi dari Dayang Jack. C&P dari blog Masam Manis.


KEK LUMUT

Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
1 cawan tepung gandum ~ diayak
1 cawan horlicks
3/4 cawan gula halus
250 g mentega
4 biji telur A
pewarna hijau secukupnya 
4 sudu besar seri kaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sk esen vanilla


Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

* Kek ini memang tidak menggunakan sebarang bahan penaik 





Ini lah PC Noxxa tu. Ini masa aku rebus daging. Selalu buat dalam 30-40 minit. Sangat menjimatkan masa instead of berjam2 kalau guna gas. Sesuai untuk buat sup tulang. Raya Haji nanti nak buat sup memang aku guna periuk ni lah.








Ok..cara nak kukus kek dalam periuk ni. Aku tunjukkan step by step tapi without gambarlah ye. Belum bersedia nak buat yang bergambar tapi harap2 korang boleh faham langkah2nya sebab senang aje.



1) Masukkan pelapik periuk ke dalam periuk macam gambar kat sebelah ni. Kalau boleh beli yang kakinya agak tinggi sedikit. Aku beli di pasar pagi yang jual barang2 3 barang rm5.00 atau boleh je guna apa2 yang boleh dijadikan pelapik loyang kek (tin sardin yang kecik tu ke). Ikut kreativiti sendiri.

2) Masukkan air sama paras dengan lapik periuk dan set high pressure selama 5 minit bertujuan untuk panaskan air.

3) Bila kek dah siap diadun masukkan dalam loyang 8". Periuk ni muat2 untuk saiz loyang tu sahaja. Tutup loyang dengan 2 lapis aluminum foil dan tinggi (kembungkan) bahagian tengah foil supaya kalau apa2 kek yang kita masak dan naik cantik dia tak melekat kat foil tu.

4) Ikat foil ketat2 dengan tali.

5) Bila air dah panas selama 5 minit tolak penutup presure untuk keluarkan angin dan boleh dibuka periuk. Masukkan loyang dengan hati2 dan letak atas pelapik besi tadi. 

6)Tutup periuk dan set timer high pressure selama 90 minit. Bila sudah cukup masak 90 minit dan signal telah berbunyi tekan timer dan set lagi 30 minit untuk menjadikan tempuh mengukus selama 2 jam. 

7) Bila telah cukup masa, keluarkan angin PC dan buka tutup periuk (off kan PC @ tutup api). Biarkan kek sekejap di dalamnya anggaran 15-20 minit baru dikeluarkan dari periuk (sudah agak sejuk dan memudahkan untuk mengeluarkan loyang)

8) Buka ikatan tali dan buka foil untuk menyejukkan kek.

9) Taraaa..!!  kek dah masak dan cantik. Kalau tak jadi jangan salahkan PC tapi mungkin adunan salah dibancuh.


Selamat mencuba. 



Tuesday, October 1, 2013

BLUEBERRY SLICE CHEESE CAKE YANG SEDAP.


Assalammualaikum dan salam bahagia.

Wah!..ternyiur tak tengok blueberry cheese cake ni? Kalau korang tak..tapi aku memang sangat2 ternyiur. Lebih2 lagi tengok berlambak2 blogger dah buat kat blog masakan masing2.

Sedap sangat2!  lebih2 lagi baru2 masak. Orang kata cheese kek sedap bila disimpan dalam peti ais dan makan sejuk2. Yang ini memang tak sempatlah. Lepas je kek ni berposing2 terus ngap! dalam sekelip mata tinggal sepotong je.

Rasa manisnya ngam2 dan tak lah muak atau rasa creamy sangat macam kalau guna cream cheese. Resepi ini guna slice cheese. Tahukan slice cheese?...cheese yang letak kat burger tu. So..sedap je lah berlumba2 masuk mulut.







Untuk resepi ini aku guna slice cheese SCS, susu low fat Meadow Fresh dan butter Elle & Vire. Rasanya kalau guna apa2 brand pun ok kot tapi ikut experience aku yang tak seberapa ni, sesuatu brand itu juga memberikan impak rasa yang berbeza. Aahh...forget it!..kalau nak buat belasah je brand apa pun janji sedap.







Resepi hasil skodeng dari blog Ha-sue. Thanks my dear for the best recipe. Walaupun kejadian isi dalam kek ini tak secantik Ha-sue punya tapi rasanya memang tak boleh blah punya..tak pe nanti bila buat lagi akan diimprovekan kecantikan isi dalamnya. Kalau malas sangat boleh je skip blueberry yang kat dalam tu. Tak menjejaskan apa2 pun (cakap orang malas lah tu..) Satu lagi aku suka kek ini sebab tak payah nak buat based dia. Masuk terus dalam loyang dan bakar.



                      



Ok..jom belek2 resepi di bawah. Rasa2nya boleh buat kan? lagi best bila anak2 akan kata macam ni...(anak aku lah)..kenapalah mama ni masak sedap sangat hah!... hihihi...


Blueberry Slice Cheese Cake (loyang 8")
Resepi : Ha-sue


Bahan2.
300ml susu segar
6 keping keju kraft
3 biji telur (A)
90gm gula halus
110gm tepung gandum (ayak)
110gm butter/margerin
1sk esen vanila
bluebeery filling secukupnya

Cara2
  • Panaskan oven 180C. Gris loyang dengan mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.
  • Panaskan susu dengan api perlahan dan masukkan kepingan keju. Kacau hingga cair dan masukkan butter dan ketepikan.
  • Asingkan putih dan kuning telur. Pukul kuning telur hingga berkrim dan masukkan dalam adunan susu bersama gula. Kacau rata.
  • Pukul putih telur hingga menjadi meringue (adunan betul2 kembang hingga bekas diterbalikan tidak tumpah)
  • Masukkan tepung gandum ke dalam adunan susu dan kaup balik hingga rata.
  • Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi hingga sebati.
  • Masukkan esen vanila dan gaul rata.
  • Ambil 2 senduk adunan ratakan dalam loyang dan picitkan blueberry filling dengan cara bulatan di sekeliling adunan. (isi filling dalam piping bag).
  • Ambil 2 sudu adunan dan tutup lapisan blueberry. Ulang langkah yang sama hingga habis.
  • Bakar pada suhu 175C selama 50 minit dengan kaedah bain marie. (ikut suhu oven memasing - oven aku 150C)


Blueberry topping (cara aku)
150gm blueberry filling
80gm air
2 tbs gula (ikut manis)

Kacau semua bahan2 hingga bergaul rata dan sedikit mendidih. Sejukkan dan boleh diletak di atas kek.





***Tips ***

Bila kek sudah masak tutup api dan renggangkan pintu oven. 

Biar kek di dalam oven lebih kurang 30-40 minit sebelum dikeluarkan.

Sebab cheesecake sifatnya sangat lembut dan gebus so suhu untuk membakarnya jangan terlalu panas. Jika suhu sangat panas kek akan merekah. 

***

say cheese...!


Monday, September 23, 2013

BLUEBERRY CHEESE TART


Assalammualaikum.

Hampir sebulan dapur maya ini tidak dikunjungi. Banyak perkara yang terjadi yang di luar batasan aku walaupun rasa diri bagai superwoman namun masih tak terjangkau dek tangan. Kalau nak tahu bacalah di sini di blog Anugerah Terindah

Hari ini aku nak kongsikan satu lagi resepi di blog kesayangan ini dan sebagai menambah lagi koleksi2 resepi yang ada.






Blueberry Cheese Tart salah satu kegemaran aku dan ramai lagi. Buatnya mudah cuma nak buat shell atau kulitnya yang remeh sikit lagi2 kalau guna acuan kecil 4.5cm. Kecil2 pun comel!. Terus sekali ngap..masuk mulut. Hmm...dap!

Actually kulit tart ni boleh menghasilkan tart2 yang berbeza seperti fruits tart, egg tart, hollander tart, red valvet tart dan sebagainya. Terpulang pada kreativiti anda. Kulit tart yang sedap pada tekak aku ialah yang lembut dan gurih. Gurih tu macam garing sikit tapi bukan keras! Dan kulit tart ini mesti ada 'rasa' lemak dan bukan rasa tepung semata. Oleh itu gunakan butter yang sedap atau margerine yang lazat untuk mendapatkan rasa sedap kulit tart ini. Lebih kurang rasa macam biskut raya lah.

Salah satu lagi sebab aku suka buat cheese tart ini ialah aku dapat melukis dan melakar2 corak di atasnya. Ini juga merupakan satu terapi bila pinggang dah rasa lenguh buat kulit tart. Rasa seronok sangat melihat corak2 tu. Dulu2 masa sekolah memang tidak pandai sangat utntuk melukis tapi entah macamana sekarang ini tangan tiba2 menjadi lembut melakar corak2 di kanvas cheese ini.

Corak2 ini juga kadang kala menjadi trademark pada seseorang pembuat cheese tart. Bila tengok satu2 corak tu mesti dah tau dia yang buat. So..you can create your own trademark secara tidak langsung. Yang di bawah ini adalah percubaan menbuat corak bunga tulip. Boleh lah ekk.. aku pun bukannya pandai sangat!.





Ok..kita intai2 resepi dari blogger Azita Zain yang femes dengan cheese tart ini tapi resepi ini aku ambil dari blog seri kandi  yang juga laris menjual cheese tart menggunakan resepi yang sama.


BLUEBERRY CHEESE TART.
Resepi   : Azita Zain
Sumber  : Blog seri kandi

Kulit tart/sweet pastry
170gm margerine (aku guna butter)
50gm gula icing
1 biji telur C (aku guna B)
1 st esen vanila
290gm tepung gandum

Cara2.
1. Pukul sekejap margerin dan gula icing dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanila, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli dengan lembut (guna hujung jari) hingga jadi doh.
4. Tekan doh pada acuan tart. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
5. Cucuk2kan kulit tart dalam acuan dengan garfu untuk mengelakkan  ia menggelembung.
6. Bakar pada suhu 160 - 170 selama 25 minit hingga kekuningan. (suhu oven ikut kesesuaian oven sendiri)
7. Bila sudah masak angkat dan biarkan suam baru diterbalikkan acuan untuk mengeluarkan kulit tart. Jangan dicungkil.

Bahan krim.
250gm cream cheese (philadelphia)
50gm gula kastor 
1 biji telur (B)
1 st esen vanila/lemon (aku guna esen lemon - sedikit saja)
blueberry filing secukupnya.

Cara2
1. Pukul cream cheese dengan gula hingga kembang (guna mixer)
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan ke dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan keju dan campurkan dengan pewarna yang di sukai.
5. Masukkan bluberry filing ke dalam piping bag dan picitkanlah ke dalam kulit tart secukupnya.
6. Picitkan cream cheese di atas blueberry hingga memenuhi kulit tart dan lorekan adunan cheese yang bewarna tadi dengan lidi dan buatlah corak yang disukai.
7. Bakar sekejap 5 - 7 minit pada suhu 160C (oven  aku) dan untuk menentukan cheese telah masak atau belum, sentuh permukaan cheese dengan jari. Jika tidak melekat bolehlah diangkat. Jika masih melekat di jari tambah masa membakar 1 atau 2 minit lagi.

** Tips **

Cairan dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 290gm. Masukkan tepung sedikit2 hingga menjadi doh yang lembut tidak melekat di jari dan mangkuk. Bila sudah cukup lembut jangan dihabiskan tepung itu.

Butter atau margerine yang terlalu lama pada suhu bilik atau terlalu lembik akan menyebabkan penggunaan tepung yang berlebihan dan menyebabkan kulit tart menjadi keras dan liat.

Campuran esen lemon atau sedikit perahan lemon ke dalam adunan cream cheese akan membangkitkan lagi rasa cheese itu.

Jangan membakar cheese tart terlalu lama nanti cheesenya tidak berkilat dan menjadi kusam.


Till we meet again.


Take care.











Monday, August 26, 2013

ILMU YANG DITINGGALKAN.


Assalamualaikum.






Salam aidilfitri. Raya sakan tahun ni? ke penat terlampau sebab masak2 duk kat dapur all the time sampai dapat title 'chef raya'. Kira kita semua ibu2 dan anak2 dara ibu memang dah jadi tugas dan tanggungjawab menguruskan hal2 dapur ini. Redha saje lah..

As usual...entry selalu terlewat atau lama tak update. Perkara biasa untuk blog ini sebab aku ada satu lagi 'baby' yang perlu dibelai. Blog cerita2 tentang hidup aku dan family yang biasa2 sahaja. Untuk jadi kenangan pada anak cucu nanti. Sila lah ye..sapa2 yang sudi nak membacanya http://blogitarossi.blogspot.com/.

Ilmu kalau nak dikira memang tak pernah habis untuk dipelajari. Baru2 ni terpanggil nak register kelas baking oleh Irma. Tak sangka ini kelas pertama dan terakhir yang dibuat oleh Irma sebelum dia merantau ke London. Beruntung dapat belajar dari dia. Tak lokek ilmu dan senang berkira dengan dia ni. Belajar 2 resepi dapat 1 resepi bonus dan 1 lagi resepi free. Insyaallah..apa yang dia buat itulah yang dia ajar. Moga Irma succes di sana dalam mengejar impian hidup ini.






Hmmm...aroma durian menusuk2 ke hidung. Ditambah lagi dengan lembut gebu kek karamel untuk minum petang ini. Lupa sekejap dengan ketupat rendang dan biskut2 raya yang masih memenuhi meja. Memang sedap sangat makan sambil pejam2 mata menghayati setiap rasa yang masuk ke anak tekak.











Gemuk2, montel2 kan durian crepe ni. Suka sangat sebab akhirnya...tahu juga teknik2 mengcrepe ni. Ini lah ilmu yang ditinggalkan dak Irma sebelum terbang ke London baru2 ni. Walau pun durian crepe jadi satu fenomena luarbiasa tahun lalu tapi aku masih tetap nak belajar cara buatnya. Cara bancuh dan cara menlenggang crepe tu. Walaupun banyak resepi di internet tapi tak sama dengan resepi Irma ini. Resepi special dan boleh kata juga resepi rezeki untuk orang berniaga. Lagi pun aku pernah gagal buat durian crepe tu sebab akhirnya terpaksa pergi berguru juga pada yang pakar. Thanks Irma kerana sudi buat kelas dan ehemm...ehemm..musim durian dah tiba. Jom kita mengcrepe!








Ini satu lagi hasil yang dipelajari. Kek yang ini memang kena menuntut lah sebab agak complicated cara penyediaannya. Actually teknik2 nak buatnya kena betul. Azlita Masam Manis pun 7 kali buat kek ni baru menjadi!  Aku pun pernah failed buat ni. Mula2 cuba kek cantik masak tapi bila diterbalikkan karamelnya pecah melimpah2. Kali kedua karamelnya ok. Kek naik menggebu2 bila dibakar dan rasa dry sikit bila dah masak. Dah rezeki kot nak belajar dengan Irma ni walaupun nak sampai ke rumah dia di Danau Kota tu aku sesat barat sampaikan si Irma kena ambil aku di Wangsa Walk. Memang tak pernah sampai ke sini. Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga ilmu ini. Semoga diberkati Allah.








Hasil di kelas Irma.












Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Insyaallah lepas ni bolehlah aku praktikkan  apa yang dipelajari.

Have a nice day.

Friday, July 19, 2013

PUDING KARAMEL IDAMAN

Assalammualaikum.

Selamat menjalani ibadah puasa. Syukur kita masih berada di bulan yang mulia ini. Ada orang yang menjumpai bulan Ramadhan ini tetapi tidak dapat mengerjakan amal ibadat kerana terlantar sakit. Ada juga yang bertemu Ramadhan ini dan berakhir juga diRamadhan. Al Fatihah untuk Abang Basri suami sepupu aku Kak Anum di Telok Gong Klang yang sudah hampir seminggu menghadap Ilahi. Moga Kak Anum terus tabah dan redha dengan segala yang dihadapi.






Hari yang ke 10 Ramadhan. Banyak sebenarnya juadah yang dimasak tapi biasalah untuk orang2 yang bekerja macam aku ni terkejar2 dengan masa sebelum berbuka. Kadang2 lauk masih di atas dapur azan dah berbunyi. Jawabnya tak dapatlah nak snap gambar2 masakan sebab ramai yang dah menunggu untuk bersantap.








Puding Karamel yang sempat berposing ini sebenarnya aku buat dalam masa yang tak terjangka. Gara2 rasa tak puas makan karamel yang dibeli di bazar Ramadhan. Keras dan tah apa2 rasa. 






Satu pagi lepas sahur tiba2 je tengok semua bahan2 ada aku terus zup zap, zup zap (macam kartun pun ada..) sediakan puding karamel. Sekejap saja cuma tang karamel tu ambik masa sikit. Sebelah dapur buat karamel sebelah lagi masak air panas. Blend roti campur susu tapis telur dan tuang dalam loyang. Dalam 15 minit karamel dah masuk dalam oven. Set time 1 jam aku pun pegi mandi dan solat.





Balik kerja petang sempatlah karamel ni posing. Happy sangat sebab kejadiannya cantik!. Walaupun orang lain buat lagi cantik..ada aku kisah! Janji sedap dan mulus. 

Biasalah kan..anak2 komentar no. satu. "mama..lagi sedap dari bazar ramadhan'. "Mama boleh jual ni". "Boleh2..ambik order, ambik order!"...saja je memeriahkan lagi majlis.. hihihi..


 


oh! resepi ambil dari kak Nor secubit garam. Malesnya nak taip resepi. CnP je ye kak nor..ok ita...thank you kak nor.



PUDING KARAMEL IDAMAN
resipi : 
K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
5 biji telur A
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
2 keping roti
250 ml air
1 sudu kecil vanila

Utk karamel/gula hangus:
4 sudu besar gula
3 sudu besar air panas

Cara:

Panaskan oven kepada suhu 180C dan sediakan air panas mendidih  (utk kaedah waterbath).

Utk membuat karamel/gula hangus:

Satukan gula dgn air panas dan masaklah hingga menjadi karamel/gula hangus. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan (aku guna loyang 8").

Untuk membuat puding:
Panaskan susu cair bersama gula. Kacau sehingga gula larut dan susu menjadi suam. Ketepikan.


Kisar roti yg dicarik2 bersama air hingga halus dan masukkan ke dalam sebuah mangkuk. 

Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk lain dan kacau hingga sebati secara perlahan2.


Tapiskan telur ke dalam mangkuk berisi roti yang dikisar tadi. Masukkan susu cair yg dipanaskan bersama gula tadi juga vanila. 
Kacau sebati perlahan2 dan tuangkan kedalam loyang berisi karamel/gula hangus.Tuang adunan ke dalam loyang yg dah diletakkan karamel tadi.


Tutup loyang dgn menggunakan aluminium foil.

Biarkan seketika (lebih kurang 5 min) dan masak/bakar dengan cara waterbath sehingga puding masak (lebih kurang 50min - 1 jam).

Bila dah masak keluarkan dari oven dan sejukkan. Terbalikkan ke dalam pinggan dan sejukkan dalam peti ais.


# puding ini boleh juga dikukus selama 50 min atau sehingga masak. T
p utk menghasilkan puding yg halus teksturnya adalah digalakkan supaya ianya dimasak menggunakan kaedah waterbath.



*** aku guna cara waterbath, bakar 160C selama 50-60 min. 


Selamat berhujung minggu. Daa...

Saturday, July 13, 2013

BUBUR SUM-SUM...SETAHUN SEKALI.

Assalammualaikum.

Sabda Rasullullah saw :


"Barang siapa yang bersedekah menyediakan makanan bagi orang yang berpuasa , maka baginya pahala sebanyak mana orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi pahala mereka".


Hujan awal dinihari menemankan pagi sahur aku waktu sorang2 di dapur menyediakan juadah. Nasib baik duduk di kompleks PDRM ini yang jiran2nya sebelah menyebelah dan ada satu blok di depan beranda dapur aku buatkan aku jadi berani. Itu pun bila lihat pintu dapur jiran sebelah dah terbuka baru aku berani buka pintu dapur. Hish ... hish.. hish.. takut tak tentu pasal. Bulan puasa kan semua setan2 kena rantai! Takut pada bayang2 sendiri.






Okey..ini bukan juadah bersahur tapi hari ni nak sharekan juadah berbuka. Juadah yang satu ini tak pernah tinggal dan hanya dijumpai di dapur aku pada bulan puasa sahaja. Bubur sum-sum pencuci mulut feveret hubby. Nak buatnya mudah, cepat dan senang. 

Sebenarnya...juadah ni aku sediakan masa cuti hari tu. Ada 2 3 menu yang aku buat. Cuti kan..banyak masa. Gambar pun posing dengan macam2 style. Kalau lepas ni gambar2nya sempoi2 je tu maknanya aku memang mengejar masa dan tak ada masa lah tu.







Selalu aku buat dari versi ori warna putih santan tapi kalau nak tukar color hijau pun boleh. Ada juga yang buat warna pink. Tak kisah lah asal sedap. 









Kalau nak kan bubur sum-sum ni agak keras sikit boleh kurangkan airnya. Buat dalam bekas kecik2 (acuan lompang) dan serve sebiji2. Kalau guna 5 cawan adunan agak lembik (seperti gambar di atas) dan kalau makan kena gunakan sudu. Lembik pun sedap...slurppp!...masuk dalam tekak.








Air gulanya boleh buat awal dan simpan dalam fridge. Kali ni aku guna gula nisan dari Terengganu yang diberi Asmah dulu. Kes nak perabihkan lah ni..sebab stok gula Melaka dah banyak dalam almari. Tunggu time je nak gunakan.






Untuk rujukan diri sendiri juga. Sebab buat setahun sekali nanti mudah lupa.

BUBUR SUM-SUM.

Bahan2.
1 cawan tepung beras
4 - 5 cawan santan
sedikit garam.

Cara.
Campurkan semua bahan dan kacau atas api yang sederhana. Kacau hingga pekat dan menggelegak satu dua bulp..bulp..tanda dah masak lah tu. Angkat dan tuang dalam bekas.

Air gula.
2 keping gula nisan atau seketul gula melaka
2 sb gula pasir (ikut manis)
1 cawan air
1 helai daun pandan (dikoyakkan dan disimpul)

Cara.
Gula nisan/melaka di potong kecil2 dan campurkan kesemuanya dan masaklah sehingga gula hancur. Tapis dan sejukkan.






Ramadhan..

"Awalnya rahmat
Pertengahannya maghfirah dan
Penghujungnya pembebasan dari api neraka".
- al hadis. -